Isnin, 30 Julai 2012

nanti nak buat corn flakes madu..jom sama2 kita buat...

Hai kawan2..jom masuk dapur....erm....entah nape tiba2 aku tgk corn flakes kat flyers carrefour terdetik hati nak buat corn flakes madu hari raya nanti....sekarang corn flakes ada promosi kat carrefour 500g RM7.25 sehingga 2 Ogos 2012 dan dapat percuma air kotak milo yang kecik.....Di sini aku sertakan sekali resipi nak buat corn flakes madu..jom....selamat mencuba...


Resepi Cornflakes Madu


Bahan-bahan (70 biji)
1 kotak cornflakes – 220g
100g butter
4 sudu besar madu
5 sudu besar gula
Paper cups
Manik warna-warni (optional)
Cara-cara
  1. Panaskan butter, madu dan gula di dalam periuk sehingga cair dan sebati.
  2. Masukkan cornflakes dan kacau hingga sekata. Masukkan cornflakes ke dalam paper cup dan tabur manik ke atasnya.
  3. Bakar di dalam oven selama 10 minit pada suhu 150 celsius.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan