Selasa, 18 September 2012

time memetik buah strawberry...fresh lagi..

huhu....besar nyer buah strawberry yang ku pegang ni....bersama my husband and anakku sayang.....13 september 2012...hari ulang tahun perkahwinanku yang kedua....amin...semoga rumahtangga ku bahagia hingga ke akhir hayat.






aksi sara di cameron higland....

suka nyer anak umi dapat remote tv kat hotel aquatorial hill resort cameron higland....nanti kita datang sini lagi erk....
        
Sayang buat aper tu...jap lagi gigit kasut lah tu.....


Betul kan ummi cakap....dah kat mulut dah kasut tu.




















Isnin, 30 Julai 2012

nanti nak buat corn flakes madu..jom sama2 kita buat...

Hai kawan2..jom masuk dapur....erm....entah nape tiba2 aku tgk corn flakes kat flyers carrefour terdetik hati nak buat corn flakes madu hari raya nanti....sekarang corn flakes ada promosi kat carrefour 500g RM7.25 sehingga 2 Ogos 2012 dan dapat percuma air kotak milo yang kecik.....Di sini aku sertakan sekali resipi nak buat corn flakes madu..jom....selamat mencuba...


Resepi Cornflakes Madu


Bahan-bahan (70 biji)
1 kotak cornflakes – 220g
100g butter
4 sudu besar madu
5 sudu besar gula
Paper cups
Manik warna-warni (optional)
Cara-cara
  1. Panaskan butter, madu dan gula di dalam periuk sehingga cair dan sebati.
  2. Masukkan cornflakes dan kacau hingga sekata. Masukkan cornflakes ke dalam paper cup dan tabur manik ke atasnya.
  3. Bakar di dalam oven selama 10 minit pada suhu 150 celsius.


Selasa, 24 Julai 2012

Anakku sayang...i love you sayang..muahhh

Nur Qaisara Thaqifah...permaisuri yang cerdik....rupa mu seindah namamu....semoga sara menjadi anak yang cerdik...amin...ummi sayang sara...

puding caremel yang ku buat.....sedap..jom makan....

ermmm...sedap nyer..jom jemput makan kawan2.....resipi nyer senang jer...mula2 bakar 7 sudu gula dgn api yg kecik dalam bekas loyang yg nak dikukus......bila kekuningan sejukkan  sekejap...pastu nak cepat blender ... 7biji telur...1 tin susu cair, stgah tin susu pekat dan sedikit esen vanila...blender semua nyer....bila semua nyer dah sebati masukkan ke atas gula yang dibakar tadi...kukus dalam selama 45minit...siap boleh makan...sedap..

Khamis, 19 Julai 2012

Esok dah nak puasa....2012

selamat menyambut ramadhan al mubarak kepada umat Islam.....Hari ini ada jamuan makan2 kat opis.....selamat menjamu selera yer kawan2 ku....ni aksi sebelum makan2 kat opis.....

Ahad, 6 Mei 2012

PETUA MENDUDUKI RUMAH BARU




Petua Menduduki Rumah Baru

1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru.
Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut: Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam